Thursday, June 25, 2015


Ramadhan mengajar aku erti sayu. Sayu ketika menyambutnya, lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa dan bersahur. Alangkah seronoknya sekiranya waktu2 itu dapat ku lihat wajah mak ngan abah. Sampai sekarang aku terbayang-bayang kt mana arwah abah akan duduk..arwah mak akan duduk.memang aku takkn duduk kt tempat tu sebab tau..itu tempat duduk kesukaan diorg. Pastinya ayam panggang Pasir Besar menjadi menu utama..boleh dikatakan setiap hari akan aku beli..aku memang akan selalu balik berbuka kat palong sebab seronok berbuka ngan diorg..kalau kat serting memang sorang2 lah..bahagia je rasanya..tapi rasa bahagia tu dah xde dah sekarang ni...aku kena hadapi dengan tabah..dengaan kuat semangat..walaupon aku tau..aku memang tak mampu melaluinya..segala gelak tawa..memang nak menutup rasa pilu tu..oarang yang tak pernah melaluinya..hanya mampu memberi kata semangat..tapi bagi yang melaluinya..memang tak dapat nak bayangkan..Sekarang ni memang mcm dah xde perasaan...sindrom pegi mampos memang sangat berkesan..biarlah orang buat macam2...biarlah orang mengata bermacam-macam..yang penting life must go on...kadang2 tertanya...adilkah aku untuk melalui semua ini?Tapi...aku tau..Allah sedang menguji aku..Allah nak sangat dengar aku merintih..merayu..istighfar..berdoa..dia janjikan yang terbaik untuk aku kt hujung sana nanti.Aku takde tempat nak meluahkan rasa hati ni..iya..memang aku masih ada abang..kakak..anak buah...tapi aku tau..diorang pon ada keluarga sendiri..nk jaga semuanya..dengan nak melayan aku lagi...seboleh-boleh aku tak nak susahkan diorg..sebab aku sayang diorang..diorang je yang aku ada kt dunia ni...juga teman-teman rapat..anak-anak murid yang seboleh-boleh tak nak tengak aku bersedih..walaupon air mata ni kt hujung-hujung kelopak je..
     AkU ni kalau lah aku kaya, aku kasi macam2 hadiah kat diorg yang bahagiakan hidup aku..tapi aku tak kaya harta buat masa ni..aku hanya mampu berdoa..semoga mereka yang sentiasa berbaik dengan aku..Allah akan balas dengan limpah dan kurnia Nya...aku nak sangat hidup aman damai...tapi hidup dalam memori sangat memeritkan..Tapi tak apa lah...itu dah ketentuan..aku terima dengan redha
semoga mak dan abah...berada dalam kalangan hamba Nya yang beriman.
AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment